Gambaran Keseluruhan Revolusi_Ukraine_2014

Tempoh bertenang dalam demonstrasi anti-kerajaan berakhir pada 18 Februari 2014, apabila penunjuk perasaan dan polis bertempur. Sekurang-kurangnya 82 orang terbunuh , termasuk 13 anggota polis; lebih daripada 1,100 orang cedera.

Rusuhan meletus pada 18 Februari 2014 apabila kira-kira 20,000 penunjuk perasaan Euromaidan di Kiev mara di Parlimen Ukraine menyokong memulihkan Perlembagaan Ukraine 2004, yang telah dimansuhkan oleh Mahkamah Perlembagaan Ukraine tidak lama selepas Viktor Yanukovych dipilih sebagai Presiden pada 2010. Polis menyekat laluan mereka. Konfrontasi bertukar menjadi ganas. Kedua-dua pihak menyalahkan antara satu sama lain. Polis melepaskan tembakan senjata api, peluru getah dan kemudian, peluru hidup .Selain itu , gas pemedih mata dan bom tangan flash digunakan bagi menghalau ribuan penunjuk perasaan. Penunjuk perasaan berjaya masuk ke ibu pejabat Parti Kawasan . Polis menyerbu kem bantahan utama di Maidan Nezalezhnosti. Bangunan Kesatuan Sekerja , ibu pejabat Euromaidan telah dibakar. Pengulas politik meramalkan Ukraine berada di ambang perang saudara.Beberapa kawasan, termasuk wliayah Lviv mengisytiharkan diri mereka bebas dari segi politik daripada kerajaan pusat.

Pada 19 Februari 2014, pihak berkuasa Ukraine mula mengadakan pusat pemeriksaan polis, sekatan ke atas pengangkutan awam dan penutupan sekolah di Kiev dan secara de facto dalam keadaan darurat .Sistem pengangkutan ke ibu negara lumpuh.

Pada 20 Februari 2014, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Ukraine, Vitaliy Zakharchenko membenarkan penggunaan peluru hidup terhadap penunjuk perasaan. Jumlah kematian dalam 48 jam pertempuran berjumlah 77 orang. Parlimen Ukraine yang diketuai Volodymyr Rybak mengumumkan dekri mengutuk penggunaan kekerasan dan menggesa semua tindakan ganas. Parlimen Ukraine juga menggantung Zakharchenko dari tugasnya.

Pada 21 Februari 2014, Presiden Yanukovych menandatangani perjanjian kompromi dengan pemimpin-pemimpin pembangkang dan setuju mengadakan pilihan raya seawal Disember.

Malangnya penunjuk perasaan masih membantah di pusat Kiev dan mengambil alih kawalan di daerah kerajaan Kiev; mereka mengambil alih parlimen, pihak pentadbiran presiden, kabinet, dan Kementerian Dalam Negeri.Pada 21 Februari rang undang-undang pendakwaan telah diperkenalkan di Parlimen Ukraine. Pada 21 Februari Yanukovich berlepas ke Kharkov untuk menghadiri sidang kemuncak wilayah tenggara.

Pada 22 Februari, Parlimen mengundi bahawa kerusi Presiden kosong berikutan Yanukovich meninggalkan Kiev.Editor akhbar Der Spiegel berhujah bahawa undi tidak mengikut perlembagaan.

Pada 22 Februari, Parlimen mengumumkan Oleksandr Turchynov sebagai presiden interim pada 23 Februari 2014. Waran bagi menangkap Yanukovych dikeluarkan oleh kerajaan baru pada 24 Februari. Seterusnya di Crimea , ahli politik nasionalis Rusia menggesa Rusia untuk membantu mempertahankan Crimea daripada kemaraan "fasis" dari seluruh Ukraine.

Pada 22 Februari, penunjuk perasaan dilaporkan berada dalam kawalan Kiev . Presiden Viktor Yanukovych telah dilaporkan telah melarikan diri . Parlimen Ukraine, atau Verkhovna Rada , mengundi 328-0 memihak mencabar keesahan Yanukovych dan Pilihan raya presiden akan diadakan pada 25 Mei.

Pada 28 Februari, Presiden Yanukovych menghadiri sidang akhbar di selatan Rusia . Perjanjian 21 Februari tidak dipersetujui oleh pembangkang.

Pada 1 Mac, Parlimen Rusia meluluskan permintaan daripada Presiden Rusia Vladimir Putin untuk menggunakan tentera Rusia di Ukraine.

Rujukan

WikiPedia: Revolusi_Ukraine_2014 http://www.bbc.com/news/world-europe-26306737 http://www.chicagotribune.com/news/chi-ukraine-pro... http://www.kyivpost.com/content/ukraine/euromaidan... http://www.kyivpost.com/content/ukraine/makhnitsky... http://www.kyivpost.com/content/ukraine/ukraine-he... http://rt.com/news/maidan-snipers-arrest-berkut-20... http://www.stratfor.com/weekly/ukraine-turns-revol... http://www.unian.net/politics/902126-na-maydane-ot... //web.archive.org/web/20081201194141/http://rt.com... //web.archive.org/web/20081201194141/http://www.ch...